top of page

PERATURAN KURSUS

Semua peserta adalah tertakluk kepada semua peraturan yang telah ditetapkan oleh urusetia semasa taklimat dijalankan dan juga peraturan atau arahan lain yang akan dikeluarkan oleh pihak urusetia.  Untuk memastikan bahawa kursus ini akan berjalan dengan lancar dan teratur, beberapa perkara berikut perlu dipatuhi:

 

   

 

  • Peserta dikehendaki bersiap sedia 5 minit lebih awal dari masa yang telah ditetapkan bagi permulaan kesemua kelas-kelas, latihan-latihan dan aktiviti-aktiviti.

 

  • Pengecualian daripada menghadirkan diri mestilah terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Penyelaras dan pihak urusetia dengan alasan-alasan yang munasabah.

 

         

 

  • Peserta dikehendaki berpakaian pejabat bagi kesemua sesi kuliah. Bagi sesi Riadah/Kembara pula peserta hendaklah berpakaian sukan lengkap.

 

  • Peserta juga digalakkan untuk membawa baju sejuk jika didapati keadaan bilik kuliah terlalu sejuk.

 

 

         

  • Kampus INTAN adalah kawasan larangan merokok. 

 

  • Peserta dilarang sama sekali di Dewan Makan, Bilik Kuliah, Perpustakaan, di dalam bilik-bilik penginapan dan semua kawasan di INTIM. Sekiranya peserta gagal mengikut arahan ini laporan bertulis akan dihantar kepada ketua jabatan masing-masing.

 

 

 

           

  • Semua peserta kursus dikehendaki memakai tanda nama sepanjang kursus dijalankan terutamanya semasa masuk ke Dewan Kuliah dan Dewan Makan.

 

 

 

           

  • Semua peserta kursus hendaklah berpakaian kemas sewaktu berada di Dewan Makan.  Berselipar, berkasut kanvas, berkaki ayam, memakai baju T leher bulat, berkain sarung dan berseluar pendek & seluar jeans adalah dilarang sama sekali.

 

 

 

           

  • Semua peserta kursus diwajibkan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

 

  • Peserta dikehendaki menyertai semua aktiviti kursus dijalankann kecuali mendapat kebenaran daripada Pengurus Projek; dan

 

  • Seorang penghulu, pembaca doa dan wakil peserta untuk mempengerusikan setiap sesi ceramah akan dilantik dalam kalangan peserta-peserta kursus.

A ) KETETAPAN WAKTU

B ) ETIKA BERPAKAIAN

C ) MEROKOK

D ) TANDA NAMA

E ) PERATURAN DEWAN MAKAN

F) PERATURAN AM LAIN

bottom of page